Pengarah Tom and Jerry Meninggal di Usia 95

Siapa masih ingat dengan cerita animasi popular era 90-an, Tom and Jerry.

Pergaduhan dan persahabatan yang ditunjukkan seekor kucing dengan seekor tikus seringkali membuat semua yang menonton ketawa.

Bacaan Lainnya

Menurut UNILAD, pengarah legenda Tom and Jerry, Gene Deitch meninggal dunia pada usia 95 tahun 16 April lalu. Mendiang meninggal di kediamannya di Prague dan sebab kematian masih belum dapat dipastikan.

Penerbit mendiang dari Czech, Petr Himmel mengesahkan berita tersebut dan berkata kematian Deitch tidak diduga.

Deitch atau nama penuhnya Eugene Merrill Deitch bekerja sebagai jurudraf untuk Penerbangan Amerika Utara sebelum menjadi jurudraf untuk tentera dan mengikuti latihan juruterbang.

Sepanjang kariernya, Deitch memegang jawatan sebagai pengarah kreatif Terrytoons yang berada di bawah naungan 20th Century Fox.

Dari situ, beliau mencipta watak-watak seperti Sidney the Elephant, Gaston Le Crayon, Clint Clobber dan Terr’ble Thompson.

Mendiang kemudiannya bekerja dengan Rembrandt Films pada 1960 untuk menghasilkan sejumlah kartun Popeye serta Tom and Jerry untuk Metro-Goldwyn-Mayer.

Beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar 2 kali pada 1964 untuk filem animasi Here’s Nudnik dan How to Avoid Friendship.

Selain itu, mendiang turut menghasilkan dan mengarahkan siri King Features Krazy Kat serta siri The Bluffers.

Deitch mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak lelaki hasil perkawinannya.#Ist/Red

Pos terkait

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *